Buku

Trivia

Penulis: Ruhaini Matdarin

ISBN: 9789670869629

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Raisa, penulis dan pengembara memilih Rom sebagai tempat hibernasi. Akan tetapi dia diganggu oleh kehadiran Si Cantik Remedios dari Macondo yang muncul menerusi jendela kamar penginapannya. Kehadiran gadis aneh itu bersama-sama para tetamu lain; Hamida dan Abbad dari Lorong Midaq serta Santiago dari Teluk Mexico. Dan mereka ini datang daripada masa silam.

Safar, terbang ke Rom menjejaki Raisa. Bertemu sahabatnya, Ka dari Istanbul, yang menemukannya dengan Guru Sains, Tatamanu dari Ogonshoto, seorang yang radikal dan mempunyai misi tersendiri untuk menggulingkan presiden. Dan lelaki ini datang dari masa depan.

Apabila masa kini bertembung dengan masa silam dan masa depan, ia melahirkan sebuah cerita baharu.