Buku

Tidak Dapat Dipisahkan

Penulis: Nahmar Jamil

ISBN: 9789674601539

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Nahmar Jamil telah membawa kelainan pada sajak-sajaknya dalam kumpulan puisi ini jika dibandingkan dengan yang sebelum ini. Dalam mengekspresikan imaginasi dirinya, beliau bukan sahaja tidak pernah melepaskan kerja-kerja merenung kehidupan masyarakat, malah lebih jauh melangkah dengan bertekad ingin menyerlahkan kepastian yang tersembunyi sebagai suatu tanggungjawabnya untuk membina peradaban masyarakat yang jarang-jarang dipedulikan penyair lain.

Nahmar ternyata telah berjaya membina logika berfikir bagi menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, dengan mengutarakan masalah secara persis, mencari solusi untuk itu, kemudian memberikan argumen dan alasan yang tepat untuk solusi tertentu yang mungkin boleh menimbulkan beberapa pengertian yang berlawanan, untuk diberikan pengertian semula. Namun, kerana keupayaan Nahmar memilih kata paling tepat dan paling sesuai, akhirnya beliau telah berjaya memastikan kekayaan akan perbendaharaan kata dan pemahamannya itu menjadi cukup mendalam tentang apa-apa yang mahu ditulisnya.

Nahmar Jamil, seorang penyair yang gemar berhikmah dalam bait-bait sajaknya, telah meninggalkan Tidak Dapat Dipisahkan sebagai karya terakhir beliau untuk kita.