Buku

Tidak Begitu Jauh

Penulis: Lim Swee Tin

ISBN: 9789674306526

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Saya tidak pernah berhenti menghasilkan sajak-sajak genre ini kerana menyedari pembaca remaja juga berhak menikmati karya yang bagus-bagus. Setiap masa, sepanjang tahun bahkan dalam semua dekad akan ada suatu idea yang segar dalam kehidupan masyarakat kita, tidak terkecuali dalam lingkungan remaja. Saya beroleh berbagai-bagai idea untuk membawanya ke dalam karya. Skop kehidupan remaja ini juga sudah luas. Remaja bukan lagi berada dalam kepompong sempit yang begitu terbatas.

Semua ini mendorong saya berkarya. Setiapnya dengan hasrat yang tertentu pula, terutama sekali berkongsi fikiran dengan kumpulan sasaran pembaca karya-karya saya. Akan tetapi, dalam waktu yang sama, saya tetap mempertahankan estetik berkarya. Remaja juga perlu dihidangkan dengan karya yang indah-indah. Selain tema karya yang segar, bahasa juga memainkan peranan yang penting untuk menganjakkan pemikiran remaja.