Buku

The Tale Of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey

Penulis: MULIYADI MAHAMOOD

ISBN: 9789674606770

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 80.00 / 85.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Rafiee Ghani merupakan salah seorang pelukis semi abstrak Malaysia yang paling konsisten dan telah mencipta nama di pentas seni tempatan dan antarabangsa. Dalam proses pengkaryaannya, perjalanan menjadi salah satu sumber inspirasinya yang paling signifikan, seperti kembara ke Maghribi yang telah menghasilkan karya-karya fotografi, lakaran, lukisan dan catan yang indah mengenai alam, warisan dan budaya yang kaya. Seperti pelukis-pelukis agung Perancis yang mengejar cahaya di Maghribi, perjalanan ke negara itu bagi Rafiee bukan sahaja menjadi katalis pengkaryaan, malahan mencerminkan suatu kegiatan memerhati, melakar, merakam keadaan sekeliling dan mencari diri. Buku The Tale of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey ini menghimpunkan dan membincangkan karya-karya terbaik pelukis yang terhasil dari kunjungannya ke Maghribi serta membuktikan penyelidikan, perjalanan dan pengalaman peribadi amat penting dalam memperluaskan horizon kreativiti dan pengkaryaan seniman. Buku ini wajar dimiliki oleh para pelukis, pendidik, pelajar, pengumpul dan pencinta seni.