Buku

Tersimpan Begitu Lama

Penulis: Rahman Shaari

ISBN: 9789674607586

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Penelitian rapi terhadap setiap karya dalam buku ini akan menemukan persoalan dan perwatakan yang realistik, iaitu yang terasa ada di sekitar kita semua. Pembaca tentu pernah mendengar kisah penipuan, misalnya seorang menjual batu hikmat, yang kononnya dapat membantu orang memperoleh pekerjaan, atau menumbuhkan rasa suka atau benci. Kisah penipuan adalah pelbagai, misalnya pembaca tentu yang pernah mendengar kisah kontraktor membina rumah, dan rumah itu tidak siap, tetapi upah keseluruhan sudah diambil. Kisah baki hutang yang enggan membayar hutang, dan kisah perkahwinan rahsia, amat biasa dipercakapkan, tetapi belum pernah ditulis dalam bentuk cerpen yang berkesan. Seterusnya, pembaca tentu pernah mendengar perihal helah atau taktik ahli politik bagi mendapatkan kedudukan, atau mempertahankan kedudukan. Rahman Shaari yang berpengalaman berkarya selama puluhan tahun mengemukakan cerpen dengan gaya dan teknik tersendiri. Judul “Tersimpan Begitu Lama” diangkat daripada judul sebuah cerpen dalam buku ini, dan judul itu juga membawa makna bahawa isi dan seni karya-karya ini tersimpan begitu lama sebelum terbit di dalam buku.