Buku

Terlerai dan Berkecai

Penulis: Chinua Achebe

ISBN: 9789830685519

Tahun Terbit: 2010

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Terlerai dan Berkecai mengisahkan dua buah cerita yang saling berkait, yang kedua-duanya bertumpu kepada Okonkwo, “orang kuat” sebuah kampung Ibo di Negeria. Kisah pertama, sebuah dongeng yang berkesan tentang konflik yang telah wujud berzaman-zaman antara individu dengan masyarakat, menyoroti kejatuhan Okonkwo daripada kegemilangan dunia puak.

Kisah kedua, yang lebih moden berbanding kisah pertama, melibatkan pertembungan budaya dan kemusnahan dunia Okonkwo dengan kedatangan mubaligh Eropah yang agresif.

Kedua-dua kisah yang diharmonikan dengan sempurna ini diceritakan melalui keupayaan merangkumkan kehidupan alam semula jadi, sejarah manusia serta dorongan jiwa yang penuh misteri dalam satu karya.