Buku

Teori Kesatuan Kewujudan (Jilid 2): Sikap Sosial Manusia

Penulis: Muhammad Al’Mahdi
Penterjemah: Rosiah Jantan

ISBN: 9789830686677

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama

Beli Dalam Talian:

TEORI KESATUAN KEWUJUDAN : Sikap Sosial Manusia – Jilid 2 membincangkan beberapa bidang tingkah laku sosial manusia seperti politik, hubungan antara lelaki dengan perempuan, ekonomi, agama, industri hiburan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Turut dibincangkan ialah kepincangan dunia masa kini dan langkah untuk membentuk dunia yang sempurna dengan memahami hakikat penciptaan alam semesta.

Pencarian Profesor Muhammad al’ Mahdi kepada kebenaran mencakupi tempoh hampir 14 tahun sebagai penuntut universiti sepenuh masa di Amerika Syarikat yang melibatkan beliau mengikuti tiga setengah program PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak, psikologi eksperimen dan psikologi pendidikan. Beliau memulakan pengajiannya dalam bidang sains fizikal. Oleh sebab latihan awal yang diperoleh beliau adalah dalam bidang elektronik nuklear, maka beliau menghabiskan tempoh empat tahun setengah dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik di salah sebuah makmal fizik teoretikal yang terkenal pada masa itu. Di situlah beliau mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang dengan penerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik berkenaan sifat alam semesta fizikal kita yang paling asas. Sejak beliau menjadi pelajar hampir 30 tahun yang lalu, beliau banyak menumpukan kepada mempelajari Islam dan membuat rancangan untuk membantu membetulkan banyak kesilapan dalam dunia hari ini supaya anak-anak dapat hidup dengan mengenali Tuhan.

Profesor Muhammad Al’ Mahdi turut menyatakan dalam buku ini bahawa, tingkah laku sosial yang berdasarkan pemikiran sosial Barat tidak boleh diterima pakai kerana salah menurut cara hidup sebenar yang diatur oleh Allah untuk kita.