Buku

Tembok Masih Tinggi

Penulis: Osman Ayob

ISBN: 9789674304232

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Tembok Masih Tinggi menghimpunkan 26 buah cerpen yang digarap oleh Osman Ayob dari tahun 2007 hingga tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, dunia telah mengalami pergolakan daripada sekecil-kecil peristiwa sehinggalah kepada sebesar-besar peristiwa yang menyentuh kehidupan manusia.

Sebagai seorang penulis kreatif, tidak ada yang boleh melegakan penulis kecuali dengan melagang dan menganyam peristiwa tersebut ke dalam acuan karya. Antara peristiwa yang menjentik rasa kreatif Osman Ayob ialah kekejaman rejim Zionis yang bertindak ganas terhadap Gaza.

Tiada apa-apa tindakan kondusif yang diambil dunia bagi membela dan membantu rakyat Gaza yang sedang dihancurkan oleh rejim Zionis itu. Israel seolah-olah terlalu perkasa dan tiada sesiapa yang dapat menghukum mereka atas kekejaman tersebut.

Bangunan-bangunan yang runtuh menjadi puing-puing, mayat-mayat yang berkecai dan teriak tangis rakyat Palestin di sana seolah-olah tidak didengari oleh dunia. Peristiwa-peristiwa yang terjadi seputar pergolakan politik tanahair juga turut disinggung oleh Osman Ayob terutamanya yang melibatkan gelagat para politikus yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kesinambungan kedudukan, pengaruh dan kuasa.

Selain daripada itu penulis juga meluahkan perasaan dan pandangannya terhadap persoalan sosial lewat beberapa buah cerpen dalam kumpulan ini, dan juga nasib bahasa Melayu.