Buku

Tangis Buliga

Penulis: Kathirina Susanna Tati

ISBN: 9789674300098

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan ini mengumpulkan 18 buah cerpen yang dihasilkan oleh Kathirina Susanna Tati yang gigih berkarya di Bumi di Bawah Bayu. Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini sarat dengan citraan kehidupan masyarakat Sabah yang sangat rencam dan disinggung oleh pengarang dari pelbagai aspek yang sangat rapat dengan masyarakat Sabah.

Antara wacana yang cuba diangkat oleh pengarang ialah perbezaan etnik antara dua kelompok yang sekali gus, tetapi membawa pula kepada konflik dalaman sesama mereka. Selain itu, terdapat juga cerpen dalam kumpulan ini yang memaparkan keunikan budaya dan kepercayaan yang masih dipegang kejap oleh generasi tua, dalam masa ia sudah mulai terhakis sedikit demi sedikit daripada jiwa generasi muda. Sebenarnya, bukan dua perkara itu saja yang disentuh oleh pengarangnya. Persoalan kemanusian dan kemasyarakatan yang sering ditempuh oleh manusia sejagat juga terkandung dalam kumpulan ini. Manakala cerpen yang diangkat menjadi judul bagi kumpulan ini pula sangat sinonim dengan cerita rakyat Sabah yang ada kaitannya dengan gunung Kinabalu.

Kekuatan yang dimiliki Kathirina Susanna Tati terserlah pada penguasan bahasa Melayunya yang cukup membanggakan. Beliau telah mampu mencipta deskripsi yang jelas kepada pembaca dan diadun pula dengan unsur-unsur estetika bagi memukau para pembaca untuk terus membaca satu persatu cerpennya.

Pendek kata, kumpulan cerpen ini harus dibaca bagi menyelami dan memahami keunikan masyarakat di negeri Di Bawah Bayu.