Buku

Tanah, Air, Api & Angin

Penulis: Malim Ghozali PK

ISBN: 9789671483312

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 100.00 / 105.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Bermula dengan cerpen “Tuan Do” yang tersiar pada Januari 1984 di majalah Dewan Sastera sehingga cerpen “Cerita Sara Leong” yang tersiar pada Oktober 2016 di majalah Dewan Siswa, kumpulan ini “Tanah, Air, Api Dan Angin”, merentasi tiga dekad. Ia menghimpunkan sebanyak tujuh puluh buah cerpen. Lima belas buah cerpen ditulis di luar negara. Tidak hairanlah nuansa diapora nampak jelas dalam cerpen-cerpen tersebut. Yang turut ketara ialah kepekaan pengarang terhadap alam keliling dan persekitarannya - manusia, flora dan fauna, hutan dan rimba, orang kota dan orang asal.

Malim mengungkapkan kehidupan manusiawi dan berjaya mengimbau rasa dan resa, suka dan duka, rindu, cinta pertama atau perpisahan dengan cukup berkesan.