Buku

Tan Sri Bulan

Penulis: Abdul Ghafar Ibrahim
Penterjemah: Harry Aveling (English), Victor Pogadaev (Russian)

ISBN: 9789674305185

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sajak padaku terdiri dari Tri-V: Verbal-vokal-visual. Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya. Visual ialah teknik sajak. Verbal harus dimengertikan. Daya kreatif penyajak menimbulkan daya rasa fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak. Pembacaan mestilah menegakkan kesan vokal sajak. Pembacaan mestilah berjaya meinggalkan kesan-kesan yang nikmat. Vokal itu harus didengar satu persatu penuh hati-hati.

Tempat penglahiran sajak tak terbatas. Di atas kertas, melalui tv, radio, tayangan slide dan movie. Cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. Di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang tersendiri. Radio dan tv mementingkan tekanan vokal yang menimbulkan susuk verbalnya. Slide dan movie menggambarkan grafiknya. Cara ia dilahirkan itu dinamakan visual.

Jadi sebuah sajak itu mestilah dibaca-didengar-dilihat. Barulah kita akan dapat suatu pengertian yang nikmat.