Buku

Tahukah Anda Bahan yang Terkandung dalam Makanan Anda?

Penulis: Neil Morris

ISBN: 9789670892474

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Kesihatan

Beli Dalam Talian:

Tahukah Anda Bahan yang Terkandung dalam Makanan Anda?

Apakah yang dapat saya ketahui melalui label makanan?

• Adakah bahan tambahan dalam makanan memudaratkan?
• Berapa banyakkah kalori yang harus saya ambil setiap hari?

Mengapakah kita terlalu risau tentang makanan yang dimakan? Adakah penting untuk mengetahui bahan yang terkandung dalam makanan kita? Mengapakah maklumat tersebut begitu mengelirukan? Makanan memberikan kita tenaga untuk hidup dan membesar. Kita memerlukan tenaga ini setiap hari. Oleh itu, makanan yang kita makan dan bahan yang terkandung di dalamnya adalah penting.

Buku ini menjelaskan tentang bahan baik dan kurang baik yang terdapat dalam makanan kita serta menunjukkan cara pemilihan makanan sihat yang menyeronokkan dan menarik.

Apakah yang terkandung dalam buku ini?

• Cara membaca label makanan
• Resipi dan idea bagi pemakanan sihat
• Perkara yang anda tidak pernah tahu tentang makanan

Judul dalam siri ini:
• Diet Khas dan Alergi Makanan
• Makanan untuk Bersukan
• Makanan untuk Kesihatan
• Tahukah Anda Bahan yang Terkandung dalam Makanan Anda?