Buku

Tafsiran Tiga Alam

Penulis: Hamed Ismail, Hartinah Ahmad, Samsudin Said

ISBN: 9789674601911

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 50.00 / 55.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Puisi-puisi daripada penyair Singapura, iaitu Hamed Ismail, Hartinah Ahmad dan Samsudin Said membawa nuansa romantis yang cair dalam menghadirkan cita-emosi yang menggugah rasa. Hamed Ismail mempunyai gaya pengucapan serta pemikiran yang reaktif. Puisi-puisi Hamed Ismail memaparkan skop yang luas, struktur yang terbuka dan kreatif bereksperimen. Hartinah pula membawa peri kewanitaan, mengalunkan kata-kata yang lembut ada kalanya berbunga namun tegas dengan pendirian terhadap citra bangsanya. Sementara, Samsudin Said memilih pengucapan yang langsung, menurut perasaanya secara spontan dalam menghantar pendirian berbaur ekspresi.

Puisi-puisi daripada ketiga-tiga penyair ini terlihat jelas terarah kuat kepada penataan emosi dan untuk kealamiahan. Ini menampilkan jiwa alamiah ketiga-tiga penyair ini yang mencari atau cuba menemukan sesuatu yang hilang dari diri mereka-sesuatu yang leluhur, asal dan keperibumian. Citra dan cita inilah menjadikan puisi-puisi tiga orang penyair ini terbawa dalam sebuah nuansa romantis yang mengasyikkan.

S.M Zakir
Penerima Anugerah Penulisan S.E.A 2011

Hamed Ismail, Hartinah Ahmad dan Samsudin Said berjujur dengan jiwa dan rasa mereka dalam merungkaikan kisah-kisah perasaan, kehidupan dan sejarah yang dipuisikan dengan penuh tegas dan berani.

Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Terjemahan & Buku Malaysia