Buku

Surat Bersampul Biru

Penulis: Abdul Ahmad

ISBN: 9789674602796

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen: Surat Bersampul Biru mengadunkan kisah-kisah yang berkisar tentang kehidupan masyarakat yang sebenarnya, daripada masyarakat yang berusia remaja sampailah yang berusia dewasa. Kehidupan yang disoroti itu pula pelbagai – dunia kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, persahabatan, pekerjaan, dan kenegaraan. Kisah-kisah yang termuat dalam kumpulan cerpen ini disampaikan secara serius, bersahaja, dan berjenaka. Namun begitu, dalam keseriusan, kebersahajaan, dan kejenakaannya, matlamatnya tetap sama – untuk membekali khalayak pembaca mesej dan bimbingan, maklumat dan pengetahuan, serta saranan dan nasihat demi meluruskan sikap dan pemikiran pembaca. Dua puluh buah cerpen yang termuat dalam kumpulan cerpen ini memang membawa pembaca berpatah balik ke dunia 1960-an – 1990-an. Namun begitu, dengan temanya yang malar segar – percintaan, keagamaan, kemasyarakatan, sejarah, psikologi, dan lain-lain – kisahnya tetap relevan kepada pembaca demi memantapkan dan mencorakkan sikap dan pemikiran mereka dalam mendepani kerencaman hidup.