Buku

Suara Bukit Kepada Langit

Penulis: Sahrunizam Abdul Talib

ISBN: 9789674302023

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sebagai insan yang prihatin, penyair merakamkan realiti yang tidak pernah berhenti berdenyut di sekelilingnya. Isu-isu seputar pergeseran siasah, pengkhianatan bahasa, konflik dan peperangan sentiasa menggamit penyair untuk diteropong dan dirakam secara hikmah menerusi diksi demi diksi.

Kebanyakkan puisi yang terhimpun dalam kumpulan ini kelihatan santai dan bersahaja daripada aspek diksi dan bahasanya, namun gaya berpuisi yang sedemikian tidak bermakna mesejnya juga bersifat santai mudah. Sahrunizam dengan bahasa yang mudah sesekali berusaha menyorokkan makna puisi-puisi beliau daripada khalayak pembaca.