Buku

Strategi Kebenaran dalam Monodrama dan Monolog

Penulis: Ismaliza Ishak

ISBN: 9789674608125

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas, Kumpulan Esei, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Buku ini memfokuskan pembicaraan terhadap tokoh-tokoh terpilih dan aplikasi kaedah lakon yang menjadi amalan mereka sepanjang sesi latihan dalam persembahan monodrama dan monolog, Konsep “Percaya dan merasai kebenaran” yang terkandung dalam The System yang diperkenalkan oleh Stanislavski, telah menjadi penanda ukur bagi tujuan mengenal pasti strategi lakonan yang diamalkan oleh Khalid Salleh, Sabera Shaik, Marzuki Ali, Mohd Shahrul Mizad, Juhara Ayob dan Marlenny Deenerwan. Teori Ekologi Persekitaran Umum oleh Bronfenbrenner pula digunkan bagi merungkaikan faktor-faktor penyebab yang membawa kepada pembentukan strategi lakonan mereka.

Dari sudut ilmu dan pendidikan, terutamanya dalam bidang seni persembahan teater dan drama, diharapkan buku ini dapat dijadikan sebagai asas rujukan untuk mengetahui fungsi kaedah lakonan dalam pembentukan kepakaran menguasai pentas dalam lakonan solo. Buku ini menemukan satu strategi lakonan yang terhasil daripada faktor persekitaran yang dialami secara peribadi oleh keenam-enam pelakon yang dipilih itu.