Buku

Strategi Jenama Global: Membongkar Potensi Penjenamaan Merentasi Negara, Budaya dan Pasaran

Penulis: Sicco van Gelder
Penterjemah: Haniza Lockman

ISBN: 9789830686561

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Mengangkat sesuatu jenama ke dunia global merupakan satu cabaran penting bagi pengurus jenama pada hari ini. Dalam Strategi Jenama Global ini, Sicco van Felder menyentuh isu ini secara mendalam, di samping menunjukkan bagaimana pengurusan jenama, sama ada jenama tempatan atau jenama global mempunyai asas yang sama dari segi strategi dan perancangan. Beliau telah membentuk satu rangka kerja yang unik – Model Saranan Jenama Global – yang membolehkan setiap pengurus membuat analisis kepekaan dan kerapuhan jenama masing-masing pada pengaruh luaran dan dalaman merentasi kepelbagaian pasaran dan masyarakat. Model ini, yang menggabungkan kitaran perancangan strategik dengan persekitaran jenama, membekalkan kita dengan peralatan yang berkesan lagi praktikal untuk digunakan sama ada pada peringkat global mahupun tempatan. Buku ini memuatkan contoh dan kajian sebenar yang berlaku di dunia, seterusnya menjadikan buku ini sangat sesuai untuk mereka yang terlibat dalam pengurusan jenama global, pengurusan jenama global pada peringkat tempatan atau pengurusan jenama tempatan yang bersaing dengan jenama asing.