Buku

Soneta Roda Basikal

Penulis: Wan Nor Azriq

ISBN: 9789674601034

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Kerana begitu taasub membaca novel pengarang terkenal Perancis, Marcel Proust, seorang pemuda di Kuala Lumpur memulakan penulisan sebuah jurnal yang merakamkan pengakuan dan perjalanan jiwanya untuk meraikan semua benda dalam kehidupan. Prinsip dan falsafah hidup ini ternyata berkonflik dengan banyak pihak, termasuklah keluarga, kekasih dan kawan-kawan terdekatnya. Dia harus memilih sama ada kembali kepada kehidupan yang lalu atau melangkah ke depan dan menjadi seseorang yang asing dalam masyarakat.

Sejarah ialah roda basikal yang berputar. Sejauh manakah pengarang jurnal ini akan mengayuh untuk mengubah takdir hidupnya dan menghalang dirinya daripada dikuasai oleh pemikiran seorang pengarang besar bernama Proust?