Buku

Soneta di Hujung Senja

Penulis: Zakaria M.Z.

ISBN: 9789674607722

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Beli e-Buku:

Google

Soneta di Hujung Senja mempersembahkan teknik “novel drama remaja” yang julung-julung kali diterbitkan sebagai halwa minda para remaja. Penulis novel-drama remaja ini bukan sekadar bereksperimen dengan teknik penggabungan dua genre, malah beliau juga sedar sepenuhnya akan kepentingan mendidik generasi muda supaya saling menghormati antara makhluk-Nya dengan alam yang dipinjam daripada-Nya.

Berkisar tentang baik buruknya hati dan tindak-tanduk manusia dalam memelihara kelestarian alam, karya yang sarat dengan nilai ini bukan sahaja mengintegrasikan flora dan fauna dengan manusia bahkan juga makhluk yang sering dianggap tiada, tetapi ada!