Buku

Siri Kisah Olahan: Rumpelstiltskin

Penterjemah: Maisara Ainulsofia Abdul Rashid

ISBN: 9789674603489

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerita Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Rumplestiltskin ialah buku berilustrasi di bawah Siri Kisah Olahan. Buku ini berkisar tentang seorang pengilang yang telah berbohong kepada Raja, dengan mengatakan bahawa anak perempuannya yang cantik dapat memintal jerami menjadi emas. Hakikatnya, gadis itu tidak tahu cara untuk memintal. Raja menitahkan agar gadis itu datang menghadapnya. Raja kemudian mengurungnya di dalam sebuah bilik yang penuh dengan jerami dan sebuah roda pintal lalu mengarahkan gadis itu memintal kesemua

jerami itu menjadi emas. Sekiranya dia tidak berjaya menjelang keesokan paginya, dia dan bapanya akan dihukum gantung. Walau bagaimanapun, gadis itu menerima bantuan yang tidak disangka-sangka daripada seorang lelaki kerdil yang pelik.

Diharap buku ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca dan menyuburkan daya imaginasi mereka melalui penceritaannya.