Buku

Siri Kisah Olahan: Pengembaraan Gulliver

Penterjemah: Maisara Ainulsofia Abdul Rashid

ISBN: 9789674603502

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerita Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Pengembaraan Gulliver ialah buku berilustrasi di bawah Siri Kisah Olahan. Buku ini menceritakan tentang kisah pengembaraan Doktor Lemuel Gulliver dalam beberapa siri pelayaran. Dalam pelayaran yang pertama, kapalnya musnah dipukul ombak dan ribut sehingga menyebabkan beliau terdampar di pulau terpencil yang dihuni oleh orang kenit dengan adat dan budaya yang luar biasa. Selepas menempuh pelbagai peristiwa, beliau berjaya pulang semula ke negaranya dengan selamat. Dua bulan kemudian dia memulakan pelayarannya yang kedua. Dalam pelayaran inilah beliau bertemu manusia gergasi yang mendiami sebuah lagi pulau terpencil.

Diharap buku ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca dan menyuburkan daya imaginasi mereka melalui penceritaannya.