Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas

Penulis: Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid, Nur Azimah Mohd Bukhari

ISBN: 9789674608231

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Buku Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas memaparkan keupayaan pembelajaran bahasa Melayu sekelompok kanak-kanak keperluan khas, iaitu kanak-kanak pemulihan yang memerlukan perhatian khusus pihak berwajib dalam membentuk generasi muda untuk pembangunan negara bangsa. Kandungannya adalah hasil penyelidikan yang sebahagiannya dibiayai oleh Universiti Malaysia di bawah peruntukan geran penyelidikan Geran BKP (BKS024-2017).

Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa perlunya ada pihak yang prihatin terhadap masalah pembelajaran khususnya dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas. Kejayaan penyelidikan ini adalah hasil bantuan dan sokongan banyak pihak khususnya, Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengizinkan penyelidikan dijalankan oleh sekolah yang melaksanakan program pendidikan integrasi.