Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Paradigma Melayu

Penulis: Hashim Ismail, Nor Hisham Osman, Mohd Taufik Arridzo, Mohammad Nazzri Ahmad

ISBN: 9789674607296

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Perubahan sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat membentuk pola-pola baharu terhadap perubahan kehidupan orang-orang Melayu.

Saingan dalam merebut peluang untuk hidup menjadi semakin mencabar. Malahan transformasi dalam pola tindakan dan pemikiran mereka adalah disebabkan keinginan untuk kesejahteraan serta keharmonian.

Untuk itu, tindakan yang berbentuk perubahan paradigma adalah dituntut sehinggakan ia mampu menjadi satu reaksi positif ke arah kemajuan masyarakat. Buku paradigma Melayu ini adalah sebuah buku yang menampilkan bagaimana perubahan sikap orang-orang Melayu dalam berhadapan dengan pelbagai isu termasuk isu perubahan sosial, budaya, politik, pendidikan, seni, bahasa dan ekonomi dalam menangani perubahan dimensi pola fikir selaras dengan perubahan pesat masyarakat dunia.