Buku

SIPENA- Puisi, Cerpen & Rencana : Himpunan Karya Pemenang Hadiah Sastera Selangorkini 2015

Penulis: Pemenang Hadiah Sastera Selangorkini 2015

ISBN: 9789674603311

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Inisiatif untuk mengadakan Hadiah Sastera Selangorkini 2015 ini bermula justeru selepas saya dilantik menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan. Sokongan daripada pihak akhbar Selangorkini untuk melaksanakan progra, ini telah memungkinkan ramai penulis sama ada yang muda atau yang mapan untuk melihat penulisan mereka dalam bentuk cerpen, esei dan puisi diterbitkan saban minggu.

Kita telah menerima hampir 200 buah karya penulisan untuk tiga kategori cerpen, sajak dan esei yang kemudiannya dihimpunkan untuk dinilai oleh juri yang diketuai oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan.

Karya terbaik yang memenangi hadiah utama untuk setiap kategori emnerima hadiah wang tunai berjumlah RM5000 manakala empat karya lagi dipilih sebagai pemenang hadiah sagu hati berjumlah RM1000.

Y.B Tuan Amirudin Shari
Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembagunan Usahawan.