Buku

Serindit Merah

Penulis: Mohamad Saleeh Rahamad

ISBN: 9789674603113

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Menangkap serindit merah adalah lambang kebebasan dan suatu penaklukan. Bagi kami itulah harga diri dalam belukar peribadi.

Apabila penyair memburu kebenaran, penyair akan menangkap kata-kata terbaik untuk pembacanya. Daripada serindit merah, seorang anak belajar tentang penaklukan sekali gus pembebasan. Dalam belukar peribadi, sesiapa sahaja boleh bertukar menjadi penakluk dan mangsa. Namun begitu, pengalaman dan pelajaran pertama itu sentiasa merapikan keperibadian dan kepenyairan Mohamad Saleeh Rahamad dalam bahagian pertama, “Harga Diri”.

Mohamad Saleeh Rahamad bukan sahaja berani mengatakan kebenaran, tetapi turut peka dalam menangkap sisi-sisi tersembunyi dalam kehidupan ini. Dalam bahagian kedua, “Yang Ada Hanya Angin” merakamkan apresiasi tokoh-tokoh yang dekat dengannya, nostalgia di kampung yang jauh dan pergolakan di tengah-tengah kesunyian. Antara serindit merah, pemburu, anak remaja, seorang petualang di tengah kota, siapakah yang akan benar-benar ditemukan pembaca dalam Kumpulan Puisi: Serindit Merah?