Buku

Semenanjung Menangis

Penulis: Ariff Mohamad

ISBN: 9789674301965

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Ini bukan cerita fantasi melainkan cerita politik, cerita jiwa, cerita perjuangan, cerita cinta, cerita pengorbanan. Semenanjung, dalam cerita ini, bukan Semenanjung lain melainkan Semenanjung Tanah Melayu inilah. Semenanjung ini pernah luka dan menangis, panjang dan lama-terbelenggu ratusan tahun di bawah ketiak penjajah, terasing daripada Indonesia, dan terpisah pula dengan Singapura.

Tangisan Semenanjung yang lama itu muncul daripada buah fikir seorang ibu, Habibah, yang terdidik ala kadar, tetapi pintar dan jauh pandangan. Buah pandangan itu acap tercurah kepada Aminuddin Rizal, si anak yang apabila dewasa terasa ingin mencari hakikat di balik kesenduan ibu hingga meriakkan air mata setiap kali berbicara tentang Semenanjung dan Singapura.

Berlatarbelakangkan kemelut politik tahun 1988 dan beberapa tahun yang berikutnya, tahun-tahun yang telah membuka mata orang banyak tentang politik yang kemudiannya telah mengubah landskap politik negara. Latar semasa itu teradun dan tersulam kemas dengan latar-latar terkebelakang, iaitu tempoh kehidupan Habibah, Mahmud Pendekar, Leni serta Mansor Jumaat yang tepu rahsia, penuh konflik. Ceritanya hidup.