Buku

Selembar Demi Selembar

Penulis: Razali Mohd Yussof

ISBN: 9789674306816

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Memuatkan rasa getar kepengarangan Razali Mohd Yussof tentang kegagahan bangsanya selain kegelisahannya terhadap masa depan anak bangsanya yang didapati kian kehilangan jati diri sebagai bangsa asal negara ini. Getar rasa ini dikongsinya bersama untuk membuka deria lihat dan deria fikir anak bangsanya supaya mereka mengenal “siapa kita” di tanah air tercinta ini. Pengarang membawa pembaca untuk sama-sama menyelak diari bangsa yang mencatatkan segala macam rupa dan karenah bangsa itu sendiri dalam menghadapi gelombang kehidupan yang semakin mencabar, khususnya dalam era dunia tanpa sempadan ini - dunia yang menagih kekentalan semangat dan kebijakan akal untuk tegak sebagai manusia yang tetap berbangsa di tanah yang berdaulat ini.

Sesungguhnya buku ini berupaya menyinggul daya taakulan pembaca menerus subjek yang diangkat daripada persekitaran- yang kadangkala tidak terfikit oleh kita, atau kadangkala memang tidak kita endahlan, atau kadangkala terlepas pandang oleh kita. Dan sesungguhnya jua, Selembar Demi Selembar ialah diri kita dalam diari kita.