Buku

Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud

Penulis: Nur Suhada

ISBN: 9789674601461

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Bookcafe

“Nak, belajarlah dari seekor butung yang tidak punya akal seperti manusia, namun mempunyai naluri rasa, kesungguhan dan kebaikan dalam memaknai kehidupan.”

Nur Suhada meneroka pelbagai persoalan tradisi dan moden yang sering menjadi pergolakan rasa seorang remaja dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud. Isu nilai tradisi seni warisan negara dinukilkan penuh hemah menanggap cabaran kelestariannya. Manakala dalam proses kedewasaan, konflik legasi keluarga dan persahabatan memberi warna-warni pengalaman. Nur Suhada mencerekakan ceritanya dengan kesedaran bahawa segala-galanya bermula dan akan kembali kepada Sang Pencipta.

Perumpamaan burung hudhud tidak pernah leka dalam melaksanakan misinya dalam kehidupan seorang remaja, begitulah keistimewaan buku karya Nur Suhada ini. Burung bijak mengertikan kebebasan sebagai suatu pendamaian sedangkan manusia kadangkala silap memaknakan kebebasan sehingga melakukan kezaliman tanpa batas. Mahukah terbang bersama burung hudhud dan belajar tentang erti kebijaksanaan, kebebasan dan kedamaian yang sebenar?