Buku

Rindu Ina Maisara

Penulis: Zaidin Abadi

ISBN: 9789674603151

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Rindunya terhadap tanah air tercinta tidak pernah pudar. Rindunya terhadap orang-orang yang ditinggalkan tidak pernah susut. Rindunya itu menjadi keutamaan jiwa raganya sehingga kecintaan pun tidak mampu merangkap hatinya. Sebagai anak yatim piatu, Ina Maisara sedar bahawa dia perlu berdikari dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran mahupun kerjayanya. Sebagai hasilnya, dia ditawarkan bekerja di Jepun. Lima belas tahun lamanya di berkelana di negeri matahari terbit itu, dan sepanjang tempoh itu jugalah rasa rindunya itu membuak-buak.

Sehinggalah suatu hari, Ina Maisara berpeluang untuk menamatkan rasa rindu yang terbuku di hatinya dan pulang ke tanah air. Dapatkah Ina Maisara menjejaki insan-insan yang pernah bersamanya menempuh hidup kepiatuan? Mampukah kecintaan di sakura meruntuhkan tembok rindu yang memagari hati Ina Maisara? Sejujurnya, rindu Ina Maisara membawa pengertian sebenar cinta, rindu dan takdir.