Buku

Renungan Seorang Inggeris Muslim

Penulis: Ahmad Paul Keeler
Penterjemah: Azman Ayub

ISBN: 9789674603243

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Dilahirkan semasa usia senja Empayar British, mengharungi huru-hara zaman 1960-an dan akhirnya menemukan kedamaian dalam Islam, Ahmed Paul Keeler mengisahkan perjalanan hidup beliau dan menyeru agar sejarah silam kita dinilai semula. Kemajuan sains, pembangunan teknologi dan pertumbuhan ekonomi sudah lama menjadi kriteria untuk mengukur kejayaan sesebuah tamadun, tetapi dalam bukunya Renungan Seorang Inggeris Muslim, Keeler mengatakan bahawa ukuran sebenar bagi menentukan kejayaan sepatutnya keseimbangan yang dicapai antara keperluan kerohanian, sosial dan material umat manusia. Keseimbangan ini memungkinkan manusia hidup dalam keharmonian dengan alam. Apabila dunia dilihat dari perspektif ini, kegagalan modenisme menjadi ketara dan kejayaan Islam dalam sejarah terserlah.

Ahmad Keeler kini merupakan Felo Pelawat di Pusat Pengajian islam, University of Cambridge, dan Felo Kehormat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.