Buku

Potpuri: Budaya, Sastera & Seni (Jilid 2)

Penulis: Anwar Ridhwan

ISBN: 9789670798776

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 33.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Kekuatan budaya dan seni, selain kejayaan sains dan teknologi moden, mencorakkan rupa serta jiwa suatu bangsa dan negara. Malah aspek budaya dan seni yang telah lama berakar dalam sukma anggota masyarakat, berjaya membina nilai, moral, serta etika sesuatu bangsa, iaitu peranan yang tidak dapat dicipta oleh sains dan teknologi material. Kumpulan artikel dalam buku Potpuri: Budaya, Sastera & Seni Jilid I–III ini membawa pembaca memasuki medan pembicaraan budaya dan seni, serta cabang-cabangnya seperti bahasa, dunia perbukuan, kesusasteraan, tokoh, dan sebagainya. Penulis mengungkapkan beberapa retrospeksi serta pengamatan semasa, termasuklah peranan teknologi maklumat dan komunikasi, agar bangsa kita melangkah maju ke hadapan dengan memiliki keampuhan jati diri.