Buku

Perahu Kecil dan Pendayung Itu

Penulis: Shamsul Idzam Jamil

ISBN: 9789674605865

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Mentafsirkan makna kehidupan yang sebenarnya - itulah pegangan penulis tatkala menaakul setiap “sudut kecil” yang sering terlepas daripada pandangan masyarakat dengan hati yang dalam.

Bertitik tolak daripada pemerhatian terhadap manusia dan alam dari sisi yang lain, terhasillah karya yang memperlihatkan kehidupan masyarakat pinggiran serta memahami makna kasih sayang sebenarnya. Kebobrokan yang sebenarnya, dirancang tanpa sedar, sehingga memberi impak dan kesan terhadap sebahagian kehidupan di sisi yang lain. Namun demikian , sifat kemanusiaan tetap wujud dalam perjuangan menempuh kehidupan yang dipinggirkan. Perakaman itulah yang dipaparkan dalam kumpulan puisi ini.

Sejujurnya, Kumpulan Puisi: Perahu Kecil dan Pendayung Itu cuba mengangkat isu-isu subaltern (golongan pinggiran) hingga menimbulkan kesan kemanusiaan yang kuat. Isu-isu subaltern ini juga diasosiasikan dengan berkesan melalui imej ibu, wanita tua, dan anak kecil hingga menimbulkan kesedaran dan kesan emosi yang mendalam kepada khalayak pembaca.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial