Buku

Penyu Menangis Siapalah Tahu

Penulis: Awang Abdullah

ISBN: 9789674600532

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Kumpulan skrip drama pentas ini bermuat enam buah skrip drama pentas. Kesemua skrip yang pernah dipentaskan di pelbagai arena ini, khususnya dalam kalangan pelajar ini, mengetengahkan pelbagai kisah yang menarik. Ketokohan penyair berjiwa rakyat - J.M Aziz - diketengahkan lewat skrip “Penyu Menangis Siapalah Tahu”. Ancaman dan cabaran yang dihadapi bahasa Melayu dipaparkan lewat skrip “Digarhayu Bahasaku”. Semangat kebangsaan/patriotik diperlihatkan lewat skrip “Gema Merdeka”. Pengorbanan dan kasih ibu ayah diperlihatkan melalui skrip “Ibu Itu Sukma yang Mengalir Tenang”. Skrip “Kuih Bulan dan Pesta Tanglung” memaparkan kemaharajaan Cina pada zaman silam. Akhir sekali, diperlihatkan semangat kebangsaan lewat skrip “Tuk, Tuk, Tuk!”.

Kesemua skrip itu sarat dengan pemikiran dan persoalan yang diadun dalam bahasa yang mudah difahami dan sesuai dengan khalayak sasarannya - pelajar. Aspek kasih sayang, hormat-menghormati, patriotik, berani, kesungguhan, bersatu padu, kecintaan, dan sebagainya sangat berguna untuk menuntun para pelajar menjadi anggota masyarakat yang berakhlak pada masa depan. Lebih daripada itu, keenam-enam skrip itu sesuai dijadikan sebagai latihan oleh para pelajar untuk membentuk keyakinan apabila berdepan dengan khalayak.