Buku

Penterjemahan Sastera: Panduan Amali

Penulis: Clifford E. Landers
Penterjemah: Persatuan Penterjemah Malaysia

ISBN: 9789674603427

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Penterjemahan

Beli Dalam Talian:

Berasal daripada ruangan Soal & Jawab yang popular dalam Source, buku panduan ini menyediakan maklumat dan nasihat kepada penterjemah sastera yang dicerap daripada pengalaman pengarang yang telah menterjemah selama bertahun-tahun. Ditulis dalam gaya yang menarik dan mudah dibaca, pendekatan langsung buku ini sesuai untuk penterjemah yang datang darpada pelbagai latar belakang, malah satu bahagian pentingnya dikhususkan tentang cara mencari jalan penyelesaian dalam penterjemahan.

Dalam buku ini, penterjemah baharu dan berpengalaman akan mempelajari teknik pragmatik dalam menangani masalah penterjemahan sastera tanpa mengira bahsa asalnya. Cabaran dan tema tertentu turut muncul beberapa kali dalam penterjemahan tanpa mengira pasangan bahasa. Buku panduan ini bertujuan membantu penterjemah mencari arah tuju dalam mengharunginya. terdapat garis panduan yang dapat membantu kita mengatasi halangan, sebagai contoh metafora Borges, mengatasi halangan menerusi laluan bercabang labirin yang tak berkesudahan. Itulah tujuan buku ini.

Clifford E. Landers ialah profesor sains politik di New Jersey City University. Terjemahannya daripada bahasa Portugis Brazil termasuklah novel Rubem Fonseca. Jorge Amado. João Ubaldo, Patricia Melo, Jô Soares, Chico Buarque, Paulo Coelho. Marcos Rey dan José de Alencer, serta cerpen pendek oleh Lima Barreto. Osman Lins, Moacyr Scliar dan Rachel de Queiroz. Beliau menerima Mario Ferreira Award pada 1999.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial