Buku

Pencemaran Udara: Masalah dan Penyelesaian

Penulis: J.S Kidd, Renee A.Kidd

ISBN: 9789830685823

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Pencemaran Udara memberikan gambaran menyeluruh tentang usaha ahli sains dan jurutera membantu penggubal dasar menyelesaikan masalah pencemaran atmosfera, selain menekankan kepentingan peranan pemimpin politik dalam membuat keputusan yang berkait dengan masyarakat dan ekonomi bagi mewujudkan keseimbangan antara persekitaran yang sihat dengan ekonomi yang makmur.

Buku ini bukan sahaja mengetengahkan penyelidikan saintifik terkini yang dapat mengesan punca pencemaran udara sama ada daripada proses semula jadi ataupun kegiatan manusia, malah turut membincangkan cara pencemaran tersebar dari sumber ke destinasi akhir serta kesan pencemarannya terhadap kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan, di samping menjejaskan kualiti udara, air, cuaca, pengeluaran makanan dan ekonomi seluruh dunia.