Buku

Pemburu Kata Merdu

Penulis: Abizai

ISBN: 9789674605858

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Puisi-puisi Abizai menjelmadari dalam jiwa dan minda yang sentiasa menginginkan kejernihan rasa dan perenungan bijaksana dalam ungkapan jelita serta kemerduan irama. Kata-kata yang dipilih, disukat, diraut dan dilengkungkan agar puisi menjadi seperti layang-layang - simetri dan seimbang hingga mampu terbang indah dan gagah menyahut cabaran serta tuntutan zaman yang sentiasa berubah.

Menerusi Kumpulan Puisi: Pemburu Kata Merdu ini, ternyata Abizai berjaya membebaskan kata-kata melepasi jangkauan sempadan segala agar mampu berjumpa teduh rasa dan jauh makna dengan mengawal kemurnian ucap supaya tidak leka terperangkap, nipis bicara seringan prosa, muluk bicara tetapi menyanggah logika. Di balik setiap ungkapan ada lapisan yang bertindan; yang menuntut renungan dalam tafsiran selain membaca isyarat, kias, dan tanda untuk sampai ke puncak makna.

Aku menulismu

dengan dakwat kiasan

yang tebal berlapisan

umpama sekawan awan

menyembunyikan hujan.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial