Buku

Pembunuh Anarki

Penulis: Jasni Matlani

ISBN: 9789670798943

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Kumpulan Cerpen Pembunuh Anarki ini menampilkan reaksi pengarang terhadap pergelutan imej dan kuasa dalam dunia pascamoden, seterusnya mengetengahkan cerpen idea, tetapi masih menghormati cerita, emosi dan intelektualiti, walaupun pada garis tertentu meluputkan metanaratif, mengaburkan sempadan realiti dan bukan realiti, kenyataan dan simulasi, serta hibriditi. Pengarang cenderung memanfaatkan tenaga kod sastera yang simbolis dalam menyampaikan reaksinya tentang sesuatu kejadian sehingga menghilangkan aturan nahu realisme.

Kumpulan cerpen ini sesungguhnya menghadiahkan kelainan dalam konteks penulisan cerpen Malaysia, yang dilihat sebagai antitesis kepada sastera moden, dan melanggar segala struktur konvensional sastera yang moden, yang mewujudkan serangkaian makna yang tidak stabil untuk menolak makna yang stabil; sekali gus memunculkan makna konotatif. Pengarang juga banyak menggunakan unsur realiti seperti fakta sejarah, latar dan peristiwa sebenar; tetapi kemudian melapiskannya dengan permainan peristiwa bukan realiti untuk menghadirkan wacana yang mendirikan pemikiran pengarang.

Cara pengarang menyingkirkan makna denotatif dan menggantikannya dengan makna konotatif berlaku begitu halus dan tersusun, seterusnya menyerlahkan pengalaman yang segar, serta unggul kepada khalayaknya.