Buku

Pelabuhan Matahari

Penulis: Ratna Laila Shahidin

ISBN: 9789670869070

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Sajak-sajak yang disuguhkan dalam kumpulan ini dibauri dengan dunia yang diakrabi oleh penulis selama 25 tahun; pendidik. Jika dari dahulu, pendidik diibaratkan lilin, beliau mahukan khalayak melihat pendidik dengan persepsi sedikit berbeza. Lilin yang membakar diri tetap ada tetapi telah menjadi “matahari” yang bersinar terang, memberi nafas kepada pohon-pohon dan menjadi pelabuhan tempat kapal-kapal memunggah isi.

Tema kemanusiaan, alam, ketuhanan, serta isu-isu semasa ialah subjek yang digemari penulis. Perpaduan, perkosaan tanah tinggi, musibah banjir dan peperangan sangat menjentik rasa hati beliau. Alam yang mengandungi awan kumolonimbus, hujan, laut, akar dan tanah menjadi subjek paling indah untuk dicanai makna. Bagi penulis, laut gambaran kehidupan kita. Hidup tidak pernah senyap dan ujian, seperti juga laut yang kadang tenang, kadang menggunung gelombang.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial