Buku

Pari-Pari Syurga

Penulis: Farahana Hussain

ISBN: 9789674304430

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Kehidupan di mayapada ini direncami oleh uji dan duga, suka dan duka. Setiap manusia, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, di pelosok mana-mana pun mempunyai kisah dan cerita tersendiri.

Menampilkan 10 buah cerita yang tepu dengan isu yang rencam dan pelbagai, dengan pengalaman menulis yang bukan sedikit, penulis membawa isu kemasyarakatan dalam cerpen-cerpennya dengan menggunakan gaya penceritaan yang mudah dihadam, menyentuh refleksi masyarakat, dan seterusnya menjadi cermin kepada manusia dan kemanusiaan.