Buku

Pantun Kisah Rasul Tercinta

Penulis: Ismail Restu

ISBN: 9789830689852

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Pantun/Syair

Beli Dalam Talian:

“Usaha cipta Saudara Ismail Restu melahirkan karyanya ‘Pantun Kisah Rasul Tercinta’ dalam bentuk pantun ini, merupakan percubaan berani yang sewajarnya dihargai oleh kita semua.”

-DATO’ HAJI ABDUL HALIM “R”, Alor Setar, Kedah.

“Lewat buku pantunnya ini, Saudara Ismail Restu berhasil mengenengahkan pantun-pantunnya tentang riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Pembayang-pembayang pantunnya bersahaja dan menarik. Semoga pantun-pantun beliau bermanfaat kepada pembaca sekalian.”

-REJAB F.I., Kangar Perlis.

“Kumpulan pantun Saudara Ismail Restu ini, merupakan satu usaha yang baik, kerana telah berjaya merakamkan sejarah hidup Nabi Besar Muhammad s.a.w. Juga buku ini bakal menjadi khazanah sastera yang berharga untuk tatapan generasi akan datang.”

-Drs. OSMAN AYOB, Sungai Petani, Kedah.

“Inilah kali pertama saya membaca sejarah Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk pantun. Usaha Saudara Ismail Restu dalam bidang ini tidak boleh dipandang remeh, ia merupakan satu usaha kreatif yang baik dan patut dipuji. Tahniah Saudara Ismail Restu.”

-NAHMAR JAMIL, Kangar, Perlis.