Buku

Pada Luang Peluang

Penulis: Rohani Deraman

ISBN: 9789670869889

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Datuk Adam, hartawan korporat terbilang tetapi miskin akhlak. Dikurniai kekayaan, kesenangan, isteri yang penyabar dan anak budiman tidak membuatkan Datuk Adam semakin mensyukuri rahmat Tuhan sebaliknya semakin alpa dan hanyut dalam dosa.

Apabila muncul Surina, eksekutif muda di syarikatnya, Datuk Adam mahu mengambil kesempatan seperti mana yang selalu dilakukannya dahulu. Tetapi Surina bukanlah perempuan yang mudah tunduk kepada kekayaan. Ternyata Datuk Adam tercabar dan mula bertindak! Datuk adam mahu memiliki Surina sebelum anaknya Aidid merebut hati Surina. Dia tidak sedar kehadiran Surina sebenarnya membawa bayang-bayang hitammnya suatu ketika dahulu.

Siapakah Surina sebenarnya dan apakah rancangan Datuk Adam?

Pada luang peluang, terbuka ruang menginsafi diri
Pada luang peluang, masihkah sempat merebut jalan pulang?