Buku

Orang Tuhan Sayang

Penulis: Mazli Husma

ISBN: 9789674602543

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Puisi: Orang Tuhan Sayang merupakan naskhah yang menghimpunkan sajak yang membawa tema ketuhanan. Mazli Husma tidak menghasilkan sajak-sajak dalam kumpulan ini tanpa sebarang rujukan, malahan beliau tekun menelaah buku-buku dan kitab-kitab yang berkaitan dengan syariah, tasawuf, mantik, tauhid dan juga tafsir-tafsir al-Quran serta hadis-hadis yang muktabar. Puisi-puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi ini keseluruhannya membawa nafas ilahiah, yakni kehadiran elemen ketuhanan dalam diri manusia, terutamanya dalam mengetengahkan sifat-sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri manusia, khasnya buat mereka yang benar-benar ingin “bertaqarrub” dengan tuhannya. Pada sisi yang lain, sajak-sajak dalam kumpulan ini dihasilkan oleh Mazli Husma setelah mengalami proses kreatif yang teliti termasuk “memeram” dahulu setiap ilham yang hadir. Tujuannya adalah untuk mematangkan larik-larik yang dipilih terutamanya yang menyangkut tentang tasawuf. Kehadiran Kumpulan Puisi: Orang Tuhan Sayang sesungguhnya menambahkan lagi khazanah karya yang sarat dengan pesanan ketuhanan.