Buku

Opera Nyonya Cantik

Penulis: Amelia Hashim

ISBN: 9789674305819

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Ketika di Tanah Besar China, keluarganya menghantar dia ke rumah majikan supaya dia dapat makan dua kali sehari. Dia jatuh cinta keapda anak majikannya. Dia nyaris menajdi gundik di rumah majikan lain kalau tidak diselamatkan Tuan Muda. Bermula pelarian Nyonya Cantik ke Tanah Melayu bersama buruh-buruh lombong. Tuan Muda berjanji akan datang untuk memulakan hidup baharu bersamanya di Tanah Melayu. Siapakah dia Nyonya Cantik itu? Adakah dia yang menjadi punca perang antara dua kumpulan kongsi gelap? Adakah kekasihnya menepati janji? Siapa sebenarnya yang banyak membantu Nyonya Cantik di Tanah Melayu?

Demikianlah persoalan demi persoalan yang akan ditemukan jawapannya dalam salah satu drama yang menjadi tajuk kumpulan drama pentas ini.

Selain itu, penulis melalui pengalaman luasnya dalam genre drama pentas, mengetengahkan juga beberapa isu lain yang tidak kurang kecilnya dalam masyarakat seperti siu kebejatan sosial, kekeluargaan dan jati diri wanita yang melangkaui zaman dan masa. Himpunan 4 buah drama ini mampu mengisi kelompongan seni drama tanah air.