Buku

Obsesi Cintamu, Zulaikha

Penulis: Nazri Hussein

ISBN: 9789674602567

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Bukan komunisme, zionisme atau kapitalisme tetapi Islamisasi yang terus subur memperjuangkan kebenaran dan keadilan hakiki. Aku mengakui kebenaranmu itu, Zulaikha. Justeru, kubalas e-melmu dengan perenggan kata-kata seikhlas hati, “Anak-anak bangsamu memerlukan perisai keimanan dan ketakwaan yang kebal menghadapi serangan virus F3m1 yang boleh menjerumuskan umatmu ke lembah kehinaan. F3; fiesta, food and fashion... semuanya digerakkan di dalam sel yang satu, m1-media.

Himpunan 15 buah cerpen remaja yang mengisi kumpulan cerpen ini dibuat dengan penuh teliti bagi memenuhi aspirasi dan selera pembaca dengan mengetengahkan pelbagai topik dan tema sama ada dalam jalur budaya tempatan mahupun merentasi sempadan geografi antarabangsa.

Pembaca dibawa menyelami persoalan krisis kemanusiaan sejagat serta peranan remaja yang mampu mendinginkan gelora sengketa dengan nilai kasih sayang, cinta dan wadah mahabbah. Melalui garapan yang direncah serta matang dan bijaksana, penulis menampilkan watak-watak yang jujur, berhemah dan memiliki citra bangsa yang ampuh
dan kukuh. Ia diadun secara kreativiti dan berseni bagi menimbulkan kesan mendalam kepada pembaca.