Buku

Nyanyian Murabbi

Penulis: Noorlaila Ghafar

ISBN: 9789674307868

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Nyanyian Murabbi membawa tiga nuansa; kerohanian, kritikan sosial dan persoalan kemasyarakatan, serta soal-soal yang berlegar di sekitar peribadi penulis. Nanyian Murabbi dipilih menjadi judul untuk kumpulan puisi ini bagi menggambarkan betapa roh sebagai seorang pendidik (murabbi) sangat sebati dalam diri penyair. Sebagai seorang pendidik, penyair ingin menyampaikan pesanan kepada para anak didiknya khasnya, dan kepada para pembaca amnya untuk menjadi insan yang terbaik.

Dengan berbekalkan daya kreativit, pesanan-pesanan tersebut dilarik bait demi bait dengan menggunakan kata demi kata yang tersusun indah. Setiap persoalan dan mesej yang disampaikan sangat mudah untuk dicerna dan difahami. Pemilihan katanya sangat bersahaja dan tidak perlu kepada ketajaman akal yang tinggi untuk menangkap setiap maksud yang ingin disampaikan penyair.