Buku

Nyanyian Luka

Penulis: Husna Nazri

ISBN: 9789830689869

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Nyanyian Luka merupakan salah satu daripada 139 buah puisi karya Husna Nazri yang mempunyai kekuatan dan berjaya mengajak pembaca merenung apa yang sedang berlaku di sejagat ini. Nyanyian Luka bernada hiba dan menyelami penderitaan dan sengsara rakyat di negara yang hilang keamanan akibat peperangan yang berpanjangan.

Namun Nyanyian Luka tidak semata-mata menghidangkan nada duka kepada penggemar puisi. Pelbagai nada dapat dirasai dalam bait-bait puisinya yang lain dengan makna berlapis. Anda pasti mengakuinya apabila mengembara dari satu puisi ke satu puisi Husna Nazri.