Buku

Muhasabah Sebelum Qailulah

Penulis: Mohd Fadzil Yusof

ISBN: 9789674602512

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Bagi penulis, menghasilkan puisi bukannya kerja yang mudah. Setiap kata yang ingin dihadirkan dalam bait, harus disaring dengan teliti. Buang segala antah yang tidak berguna. Ambil yang bernas. Dalam kumpulan puisi ini, penulis telah menunjukkan keupayaan beliau dalam menghasilkan puisi-puisi moden secara indah dan terkawal. Penulis tidak menggunakan metafora secara semberono tanpa sebarang tujuan. Hal ini memperlihatkan pemahaman penulis tentang sosok sesebuah sajak. Benarlah kata penulis, “Saya percaya, banyak keremehan yang ada pada tubuh puisi. Diksi yang harus diperhalus, perkataan yang harus dipatutkan, frasa yang mesti dikemaskan, baris-baris yang perlu dilembutkan selain makna yang selari dengan norma atau nawaitu kepengarangan. Syarat-syarat ketat ini (jika dibandingkan dengan prosa) menjadikan puisi yang boleh dianggap suatu ciptaan yang agak ‘merenyahkan’ bagi penulis….” Kumpulan puisi ini ialah sebuah kumpulan puisi yang harus dibaca dan ditekuni oleh khalayak sastera tanah air. Mohd Fadzil Yusof telah menunjukkan keupayaan beliau sebagai seorang penyair yang akan mengisi lompang-lompang dunia puisi tanah air dengan karya-karya yang bermutu.