Buku

Misteri di Lata Cermin

Penulis: Osman Ayob

ISBN: 9789674300012

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Ramli seorang murid tahun enam merasa seronok kerana mahu membantu bapanya berniaga di sebuah tempat rekreasi yang baru dibuka di kaki Gunung Jarak namanya Lata Cermin. Bersama peniaga lain, mereka semuanya bapa kepada rakan-rakannya iaitu Lim Chu Chai dan Ramalinggam. Lata Cermin semakin lama semakin ramai dikunjungi oleh orang ramai. Tetapi apa yang dirisaukan ketiga-tiga sahabat itu ialah soal kebersihan di kawasan itu yang mula terabai akibat dari sikap pengunjungnya.

Lebih memburukkan lagi keadaan air terjun itu mula dicemari.

Akhirnya satu hari Ramli bersama Pak Dali seorang pemilik dusun di kawasan itu mula merungkai belenggu di hati mereka akan punca pencemaran yang mengotorkan air terjun itu. Tetapi mereka tidak kembali ke tempat perniagaan Ramli selepas menjelang senja. Apakah yang terjadi kepada mereka?