Buku

Mimpi Laila (Kumpulan Drama Pentas Kanak-Kanak)

Penulis: Amelia Hashim

ISBN: 9789674303020

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas, Cerita Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan Drama Pentas: Mimpi Laila menghimpunkan empat buah skrip drama pentas kanak-kanak yang hadir sebagai satu wacana sastera bagi mengisi kelompangan teks sastera untuk kanak-kanak. Setiap drama dalam karya ini menekankan unsur didaktik, nilai baik dan pendidikan yang penting untuk peringkat pertumbuhan nilai moral kanak-kanak. Penulis menghadirkan karyanya dengan imaginasi kanak-kanak tanpa mengabaikan estetika bahasa dan keindahan moral. Setiap drama disisipkan dengan nilai moral seperti bantu-membantu, menghargai makanan, menghormati ibu bapa dan tidak memungkiri janji.

Dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasinya dan berwarna-warni. Buku ini menjanjikan sesuatu; bacaan berpengajaran yang penuh iktibar dan nasihat serta cetusan awal untuk memperkenalkan sastera.