Buku

Mimpi (Kumpulan Puisi Remaja)

Penulis: Firdhaus Hassan

ISBN: 9789670798974

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku ini mengumpulkan 45 buah puisi yang mengambil falsafah “Hidup hanyalah untuk mengejar impian dan merealisasikan mimpi. Selagi impian dan mimpi belum tercapai, selagi itulah manusia akan bersusah payah dan berkejar-kejaran untuk mendapatkannya. Setelah impian dan mimpi dikecap, yang tinggal hanyalah kematian”

Hidup hanyalah mimpi-mimpi manis sekiranya gagal berjuang di atas landasan realiti. Puisi-puisi dalam kumpulan puisi ini erat dengan kehidupan remaja masa kini. Penulis berusaha untuk mengangkat pemikiran berkenaan gejala sosial dalam kalangan remaja dalam bentuk naratif yang disulami estetika dan makna, pengucapan jujur dan memudahlah pembaca menghadamkan pemikiran yang dilontarkan.

Bangkitlah daripada buaian mimpi yang mempesonakan khayalan. Jadilah pejuang yang memartabatkan intelektual dalam mendepani masa depan yang terus mencabar.